Wednesday, September 1, 2010

Merdeka!!!!


Wassap bro!!!
2 hari lepas negara kita menyambut hari kemerdekaan yg ke 53.So tak terlambat lagi untuk aku ucapkan "Selamat Hari Merdeka" kepada smua rakyat Malaysia. Aku dgr thn ni tak buat sambutan ambang merdeka sebab menghormati bulan Ramadhan yang mulia.Baguslah, kurang sikit kadar kelahiran bayi2 haram yg biasanya naik mendadak 9 bulan selepas 31 Ogos...hahaha

Tema merdeka tahun ni 1 Malaysia menjana transformasi..da ku agak der tema tahun ni mesti ada terselit perkataan 1 Malaysia ...Sekarang semua benda nak di "1" Malaysia kan...F1 Malaysia, salam 1 Malaysia, raya 1 Malaysia,klinik 1 Malaysia dan mcm2 lagila yang 1 Malaysia...Entahla der, aku rasa macam bosan pulak asyik dengar 1 Malaysia ni..orang2 dalam Malaysia ni tak pernah ber"1" pun..sampai kes amoi masuk masjid (ke surau?) pun jadi isu..haram org kafir masuk masjid tak tutup aurat..puak2 pembangkang yg tak puas hati sebarkan la gambar 1st lady berucap dlm surau dgn rambut terjulur sebab pakai tudung jenis tutup separuh je..keluarla mcm2 fatwa yg haram mengharamkan antara satu sama lain...isu kecik je der...yg korang nak bertelagah sampai satu dunia tau tu nak buat apa???

semalam aku tertonton satu video bro Hisham Rais (nak tau siapa Hisham Rais ni korang search la kat google).bro ni bagi ulasan ttg sambutan hari merdeka.Dia kata segala identiti yang menunjukkan negara bangsa Malaysia ni semua hasil ciplak.Lagu Negaraku diciplak drpd lagu Perancis, bendera Malaysia diciplak drpd bendera Amerika, sampai tarikh merdeka dan tarikh sambutan hari Malaysia pun lain2...maka bila semua diciplak, semangat cintakan negara tu kurang sebab benda2 yg diciplak ni bukan datang dari hati sanubari anak watan.Bila identiti negara bangsa itu tidak tersemat kukuh dalam jiwa maka segalanya akan terbarai..

Korang setuju tak dengan statement bro ni? aku x berani nak komen der...pandangan aku tak penting pun..dan mata aku pun da mengantuk..malas pulak nak taip panjg2 lagi..so berjumpa lagi di lain post..wassalam


Tuesday, July 27, 2010

Joke of the day : brainwash


Ani : We're going to meet our first year junior at 3 p.m and in that meeting we will brainwash them.

Fiza : Yeah, and I only use my word to brainwash them.

Rafi : Of coz la, don't tell me u gonna use clorox!!!



P/S : kalau ada sesapa ternampak advertisement kat blog aku ni tolong klik ekk...plzzz

Monday, July 26, 2010

Joging



Selasa lepas aku dan Q joging di stadium.

Selepas joging di stadium aku ajak Q joging ke tasik kejuruteraan pula petang esoknya.

Tapi Q taknak, dia kata, "Jogging at that place is making me tension you know"

Aku tanya " why, is the track so hard or is it too long?

Q jawab "nope. try jog there, soon you will know"

Maka petang esoknya aku pun berjoging di Tasik Kejut.Memang betul kata Q,
baru 10 minit tiba2 aku mula rasa tension.

Setengah jam aku rasa tension lagi.

1 jam aku rasa lagi tension .

aku rasa tension bukan sebab kaki aku sakit atau dada aku sesak lepas penat berlari.

Tapi....

Sebab ramai couple yang joging di situ dan orang seperti aku dan Q yang tak pernah ada couple memang akan rasa tension :-P

Kenduri Doa Selamat


Minggu lepas budak2 UPSM dijemput ke kenduri doa selamat di rumah En. Musa, Ketua Unit Pentadbiran Jabatan Perkhidmatan Pelajar, UKM. Biasalah orang baru pindah ke rumah baru,jadi buatlah kenduri, moga2 selamat rumah tu dan keluarganya dari segala gangguan dan dapat hidup aman dan damai. Sebab yang dijemput 15 orang, aku pun join sekali untuk memenuhkan korum.Setelah lama menunggu di depan Pusanika tu, datanglah Firdaus dengan Van UKM angkut kami ke rumah yang dituju.

Sampai2 je tgk orang tgh sembahyang Isyak, aku pun apa lagi terus ambil wudhu' dan ikut sekali jemaah. Seusai solat, aku dan budak2 lain tggu kariah lain sebelum bacaan yassin n doa selamat dimulakan. Tunggu punya tunggu, sampailah imam yang akan mengepalai bacaan Yassin dan mengambil tempatnya. Dan lepas tu tak payahlah aku cerita apa yg jadi, korang faham2la sendiri ye. Tapi aku perasan masa bacaan doa selamat, imam ni baca ayat kursi berulang2 kali, adalah kira2 dalam 10 kali bacaan tu. Kemudian imam ni pun buatlah tazkirah sikit. Katanya Rasulullah pernah bersabda bahawa sesiapa yang membaca ayat Kursi sesudah setiap kali solat fardhu, Allah akan memeliharanya sehingga ke solat fardhu yang seterusnya.Dan sesiapa yang membaca ayat Kursi sebelum tidur, Allah akan menghantar 2 malaikat untuk menjaganya sepanjang malam sehingga dia bangkit di pagi keesokkannya.Mula2 aku x cam sapa imam ni, tapi bila En Musa ucapkan terima kasih pada imam ni dengan panggilan Datuk, baru aku teringat, ni mesti Datuk Dr Amran Kasimin, seorang pensyarah di Fakulti Pengajian Islam,UKM. Beliau ni terkenal sebab sering menulis di Kolum Bicara Agama dalam akhbar Mingguan Malaysia dan pernah menjadi wakil rakyat untuk kerusi Parlimen Kajang.

Lepas dari kenduri tu aku ingat baik2 pesanan Dr Amran, dan sampai skrg aku amalkan membaca ayat Kursi selepas solat dan sebelum tidur. Alhamdulillah sekarang ni aku tak lagi diganggu oleh mimpi2 buruk ketika tidur dan mudah bangkit untuk solat subuh. Korang pun patut amalkan membaca ayat Kursi ni, banyak fadhilatnya. Tak sia2 aku datang kenduri rumah En.Musa, bukan je dapat makan kenyang2, (malam tu dia hidang beriani gam, pergh sedapppp!!) ilmu pun aku dapat sekali. Terima kasih En. Musa, lain kali jemputlah kami lagi. :-)

Sunday, July 11, 2010

Sajak Pertemuan Mahasiswa


Matahari terbit pagi ini
mencium bau kencing orok di kaki langit,
melihat kali coklat menjalar ke lautan,
dan mendengar dengung lebah di dalam hutan.

Lalu kini ia dua penggalah tingginya.
Dan ia menjadi saksi kita berkumpul di sini memeriksa keadaan.

Kita bertanya :
Kenapa maksud baik tidak selalu berguna.
Kenapa maksud baik dan maksud baik bisa berlaga.
Orang berkata “ Kami ada maksud baik “
Dan kita bertanya : “ Maksud baik saudara untuk siapa ?”


Ya ! Ada yang jaya, ada yang terhina
Ada yang bersenjata, ada yang terluka.
Ada yang duduk, ada yang diduduki.
Ada yang berlimpah, ada yang terkuras.
Dan kita di sini bertanya :
“Maksud baik saudara untuk siapa ?
Saudara berdiri di pihak yang mana ?”

Kenapa maksud baik dilakukan
tetapi makin banyak petani yang kehilangan tanahnya.
Tanah-tanah di gunung telah dimiliki orang-orang kota.
Perkebunan yang luas
hanya menguntungkan segolongan kecil saja.
Alat-alat kemajuan yang diimport
tidak cocok untuk petani yang sempit tanahnya.

Tentu kita bertanya : “Lantas maksud baik saudara untuk siapa ?”

Sekarang matahari, semakin tinggi.
Lalu akan bertahta juga di atas puncak kepala.
Dan di dalam udara yang panas kita juga bertanya :
Kita ini dididik untuk memihak yang mana ?
Ilmu-ilmu yang diajarkan di sini
akan menjadi alat pembebasan,
ataukah alat penindasan ?

Sebentar lagi matahari akan tenggelam.
Malam akan tiba. Cicak-cicak berbunyi di tembok.
Dan rembulan akan berlayar.
Tetapi pertanyaan kita tidak akan mereda.
Akan hidup di dalam bermimpi.
Akan tumbuh di kebon belakang.

Dan esok hari matahari akan terbit kembali.
Sementara hari baru menjelma.
Pertanyaan-pertanyaan kita menjadi hutan.
Atau masuk ke sungai menjadi ombak di samodra.

Di bawah matahari ini kita bertanya :
Ada yang menangis, ada yang mendera.
Ada yang habis, ada yang mengikis.
Dan maksud baik kita berdiri di pihak yang mana !

WS Rendra

Jakarta 1 Desember 1977
Potret Pembangunan dalam Puisi

Sajak ini dipersembahkan kepada para mahasiswa Universitas Indonesia di Jakarta, dan dibacakan di dalam salah satu adegan film “Yang Muda Yang Bercinta”, yang disutradarai oleh Sumandjaja.

Tuesday, June 29, 2010

Mainkan Untukku Biola Itu


Mainkan untukku biola itu
kerana hanya kau yang mampu
menggetarkan bunyi-bunyian jadi irama yang indah
tiap kali jari-jemari halusmu berlenggok menari
di atas tali-temali resah terketar-ketar

mainkan untukku biola itu
kerana ku rindu bunyinya yang merdu
sering menusuk tapi menenangkan dasar hatiku
yang sering resah akan ketidakpastian masa depanku
tidak sepasti nota muzikmu
yang kau karang untuk memandu jari jemarimu
terus menari lincah di atas tali temali biolamu

Terus mainkan untukku biola itu Aisyah
walau dunia sekelilingmu kacau bilau
manusia sudah hilang kemanusiaan
nilai dan akal budi bukan lagi pakaian kemuliaan
material jadi raja segala ukuran
tapi tiap kali kau sandarkan biola itu ke bahumu
dan kanan tanganmu menggesekkan kayu bow itu
irama yang kau lahirkan seakan membisik jawapan
Ya, kita masih ada harapan

Tuesday, January 26, 2010

Pantun


Anda baca pantun ini, dan cuba lihat apa bezanya dengan pantun-pantun yang lain.

Gelombang putih di pantai laut,
Siang malam ombak menderu,
Bunga putih di padang banyak,
Yang kena di hati cuma satu.

Pasang naik air mendalam,
Mulut rakus menelan orang,
Nak cumbu rayu siang malam,
Rindu aku bukan kepalang.

Di langit bulan purnama putih,
Laut menari mabuk kepayang,
Mukamu bulan, bibirmu merah,
Jantung menari di dada sayang.

Angin berhembus berbau cempaka,
Kurma, kelapa, pandan dan pisang,
Pengantin gembira, di leher pedaka,
Tocang beriben, tangan bergelang.

Padi memutih disinari bulan,
Kelawar hitam berandai-andai,
Pengantin baru berdakap-dakapan,
Isteri dicium dan dibela.

Harimau ke rimba pagi-pagi,
Pagi-pagi ular ke lubang,
Pagi-pagi terik matahari,
Ku cari teduh di gunung-ganang.

Sekali baca mungkin kita takkan temui sebarang perbezaan dengan pantun-pantun melayu yang lain. Kerana bentuk dan ritmanya sama sahaja dengan pantun biasa, dengan tema cinta dan kasih sayang. Perbezaannya cuma pengarangnya bukan seorang melayu, tetapi seorang sarjana berbangsa Russia bernama Valery Bryusov. Pantun ini adalah sebahagian dari rangkap yang ada dalam karyanya bertajuk "Lagu-Lagu Melayu" yang dikarangnya pada tahun 1909. Dalam karya tersebut, beliau ada menggambarkan kepulauan melayu sebagai " keharuman bunga cempaka yang diserapi oleh angin, pokok beringin, pisang, pandan, kelapa, sawah, dan harimau di belukar rimba ". Jadi, pengajaran yang cuba saya tengahkan ialah kalau orang asing boleh melahirkan rasa cintanya kepada keindahan budaya dan bahasa Melayu, kenapa tidak kita kan?

Monday, January 11, 2010

Pancing



Semasa menyusuri jalan di Kampung Serom 2 menuju ke rumah atuk, ayah ternampak seorang budak yang di tangannya menggenggam kail dan bekas tin. Melihatkan itu ayah teringat kenangan di zaman kanak2nya.

"Zaman sekarang ni pun ada lagi budak2 memancing ikan ye. Korang tau tak, ayah masa baya2 budak tu selalu memancing kat parit. Petang2 cari cacing buat umpan.Kail pulak guna buluh. Dapat ikan bawa balik rumah bagi kat arwah nenek kau. Budak2 bandar macam korang ni mana la reti nak memancing lagi. Yang taunye main handset, main sms. Tak macam budak2 dulu. Korang ni agaknya mata kail pun tak tau. Hehh "

Aku yg terdengar statement ayah tu terus menjawab,

"Kami pun memancing jugak la yah. Bezanya kami dah tak guna dah buluh dan cacing ni.Yang dipancing pun bukan ikan. Kalau nak tau handset tu la yang jadi kailnya, sms dan call tu pulak umpannya. Yang kami pancing pulak gadis-gadis. Kalau ada yang termakan umpan kami bawa jumpa mak. Untung dengan ayah sekali dapat menantu."

Dan ayah cuma tergelak. Budak sekarang memang bukan macam budak dulu.

Wednesday, January 6, 2010

SAJAK KEKASIH


Waktu aku masih bersekolah menengah dulu, aku suka baca novel karya2 sasterawan negara yang banyak terletak di rak2 buku library tapi tak ada sapa yg nak sentuh pun.Antaranya termasuklah A Samad Said,Abdullah Husin dan Keris Mas. Paling best novel Salina, dikarang oleh Pak Samad yg terkenal dengan janggut putih panjang tu. Cerita tentang hidup manusia2 marhaen yang beraneka ragam di Kampung Kambing. Walaupun aku minat karya2 sastera termasuklah cerpen, aku kurang sikit bila bab2 sajak ni.Tapi aku pernah terbaca satu sajak yang pada aku cukup menyentuh hati. Sekali baca memang terus tangkap punyala. Mungkin disebabkan pemilihan perkataan yang halus dan maksudnya yang mendalam tapi boleh difahami oleh semua orang, terutamanya yang pernah bercinta(hehehe).Sajak ni bertajuk 'kekasih' yang pengarangnya juga seorang sasterawan negara, Usman Awang. Di sini aku salin sekali sajak tu untuk bacaan kita generasi muda ni yang mungkin kurang mengenali beliau.

KEKASIH

Akan kupintal buih-buih
menjadi tali
mengikatmu

Akan kuanyam gelombang-gelombang
menjadi hamparan
ranjang tidurmu

akan kutenun awan-gemawan
menjadi selendang
menudungi rambutmu

akan kujahit bayu gunung
menjadi baju
pakaian malammu

akan kupetik bintang timur
menjadi kerongsang
menyinari dadamu

akan kujolok bulan gerhana
menjadi lampu
menyuluhi rindu

akan kurebahkan matahari
menjadi laut malammu
menghirup sakar madumu

kekasih,hitunglah mimpi
yang membunuh realiti
dengan syurga ilusi

Usman Awang

Macam mana, tangkap tak?

Anda juga mungkin meminati

Related Posts with Thumbnails