Wednesday, January 6, 2010

SAJAK KEKASIH


Waktu aku masih bersekolah menengah dulu, aku suka baca novel karya2 sasterawan negara yang banyak terletak di rak2 buku library tapi tak ada sapa yg nak sentuh pun.Antaranya termasuklah A Samad Said,Abdullah Husin dan Keris Mas. Paling best novel Salina, dikarang oleh Pak Samad yg terkenal dengan janggut putih panjang tu. Cerita tentang hidup manusia2 marhaen yang beraneka ragam di Kampung Kambing. Walaupun aku minat karya2 sastera termasuklah cerpen, aku kurang sikit bila bab2 sajak ni.Tapi aku pernah terbaca satu sajak yang pada aku cukup menyentuh hati. Sekali baca memang terus tangkap punyala. Mungkin disebabkan pemilihan perkataan yang halus dan maksudnya yang mendalam tapi boleh difahami oleh semua orang, terutamanya yang pernah bercinta(hehehe).Sajak ni bertajuk 'kekasih' yang pengarangnya juga seorang sasterawan negara, Usman Awang. Di sini aku salin sekali sajak tu untuk bacaan kita generasi muda ni yang mungkin kurang mengenali beliau.

KEKASIH

Akan kupintal buih-buih
menjadi tali
mengikatmu

Akan kuanyam gelombang-gelombang
menjadi hamparan
ranjang tidurmu

akan kutenun awan-gemawan
menjadi selendang
menudungi rambutmu

akan kujahit bayu gunung
menjadi baju
pakaian malammu

akan kupetik bintang timur
menjadi kerongsang
menyinari dadamu

akan kujolok bulan gerhana
menjadi lampu
menyuluhi rindu

akan kurebahkan matahari
menjadi laut malammu
menghirup sakar madumu

kekasih,hitunglah mimpi
yang membunuh realiti
dengan syurga ilusi

Usman Awang

Macam mana, tangkap tak?

2 comments:

nurmiey sabtu said...

mcm pnh tgk je sajak 2..
bkn lagu kopratasa pn ad ke lirik cm2?

Rafi said...

sebenarnya kopratasa adaptasikan sajak ni dalam bentuk lagu..

Anda juga mungkin meminati

Related Posts with Thumbnails