Tuesday, January 26, 2010

Pantun


Anda baca pantun ini, dan cuba lihat apa bezanya dengan pantun-pantun yang lain.

Gelombang putih di pantai laut,
Siang malam ombak menderu,
Bunga putih di padang banyak,
Yang kena di hati cuma satu.

Pasang naik air mendalam,
Mulut rakus menelan orang,
Nak cumbu rayu siang malam,
Rindu aku bukan kepalang.

Di langit bulan purnama putih,
Laut menari mabuk kepayang,
Mukamu bulan, bibirmu merah,
Jantung menari di dada sayang.

Angin berhembus berbau cempaka,
Kurma, kelapa, pandan dan pisang,
Pengantin gembira, di leher pedaka,
Tocang beriben, tangan bergelang.

Padi memutih disinari bulan,
Kelawar hitam berandai-andai,
Pengantin baru berdakap-dakapan,
Isteri dicium dan dibela.

Harimau ke rimba pagi-pagi,
Pagi-pagi ular ke lubang,
Pagi-pagi terik matahari,
Ku cari teduh di gunung-ganang.

Sekali baca mungkin kita takkan temui sebarang perbezaan dengan pantun-pantun melayu yang lain. Kerana bentuk dan ritmanya sama sahaja dengan pantun biasa, dengan tema cinta dan kasih sayang. Perbezaannya cuma pengarangnya bukan seorang melayu, tetapi seorang sarjana berbangsa Russia bernama Valery Bryusov. Pantun ini adalah sebahagian dari rangkap yang ada dalam karyanya bertajuk "Lagu-Lagu Melayu" yang dikarangnya pada tahun 1909. Dalam karya tersebut, beliau ada menggambarkan kepulauan melayu sebagai " keharuman bunga cempaka yang diserapi oleh angin, pokok beringin, pisang, pandan, kelapa, sawah, dan harimau di belukar rimba ". Jadi, pengajaran yang cuba saya tengahkan ialah kalau orang asing boleh melahirkan rasa cintanya kepada keindahan budaya dan bahasa Melayu, kenapa tidak kita kan?

2 comments:

keme said...

penulisan abg ni mengagumkan.

Sang Penghuni said...

terima kasih lokman

Anda juga mungkin meminati

Related Posts with Thumbnails