Tuesday, January 26, 2010
Pantun
Anda baca pantun ini, dan cuba lihat apa bezanya dengan pantun-pantun yang lain.
Gelombang putih di pantai laut,
Siang malam ombak menderu,
Bunga putih di padang banyak,
Yang kena di hati cuma satu.
Pasang naik air mendalam,
Mulut rakus menelan orang,
Nak cumbu rayu siang malam,
Rindu aku bukan kepalang.
Di langit bulan purnama putih,
Laut menari mabuk kepayang,
Mukamu bulan, bibirmu merah,
Jantung menari di dada sayang.
Angin berhembus berbau cempaka,
Kurma, kelapa, pandan dan pisang,
Pengantin gembira, di leher pedaka,
Tocang beriben, tangan bergelang.
Padi memutih disinari bulan,
Kelawar hitam berandai-andai,
Pengantin baru berdakap-dakapan,
Isteri dicium dan dibela.
Harimau ke rimba pagi-pagi,
Pagi-pagi ular ke lubang,
Pagi-pagi terik matahari,
Ku cari teduh di gunung-ganang.
Sekali baca mungkin kita takkan temui sebarang perbezaan dengan pantun-pantun melayu yang lain. Kerana bentuk dan ritmanya sama sahaja dengan pantun biasa, dengan tema cinta dan kasih sayang. Perbezaannya cuma pengarangnya bukan seorang melayu, tetapi seorang sarjana berbangsa Russia bernama Valery Bryusov. Pantun ini adalah sebahagian dari rangkap yang ada dalam karyanya bertajuk "Lagu-Lagu Melayu" yang dikarangnya pada tahun 1909. Dalam karya tersebut, beliau ada menggambarkan kepulauan melayu sebagai " keharuman bunga cempaka yang diserapi oleh angin, pokok beringin, pisang, pandan, kelapa, sawah, dan harimau di belukar rimba ". Jadi, pengajaran yang cuba saya tengahkan ialah kalau orang asing boleh melahirkan rasa cintanya kepada keindahan budaya dan bahasa Melayu, kenapa tidak kita kan?
Monday, January 11, 2010
Pancing
Semasa menyusuri jalan di Kampung Serom 2 menuju ke rumah atuk, ayah ternampak seorang budak yang di tangannya menggenggam kail dan bekas tin. Melihatkan itu ayah teringat kenangan di zaman kanak2nya.
"Zaman sekarang ni pun ada lagi budak2 memancing ikan ye. Korang tau tak, ayah masa baya2 budak tu selalu memancing kat parit. Petang2 cari cacing buat umpan.Kail pulak guna buluh. Dapat ikan bawa balik rumah bagi kat arwah nenek kau. Budak2 bandar macam korang ni mana la reti nak memancing lagi. Yang taunye main handset, main sms. Tak macam budak2 dulu. Korang ni agaknya mata kail pun tak tau. Hehh "
Aku yg terdengar statement ayah tu terus menjawab,
"Kami pun memancing jugak la yah. Bezanya kami dah tak guna dah buluh dan cacing ni.Yang dipancing pun bukan ikan. Kalau nak tau handset tu la yang jadi kailnya, sms dan call tu pulak umpannya. Yang kami pancing pulak gadis-gadis. Kalau ada yang termakan umpan kami bawa jumpa mak. Untung dengan ayah sekali dapat menantu."
Dan ayah cuma tergelak. Budak sekarang memang bukan macam budak dulu.
Wednesday, January 6, 2010
SAJAK KEKASIH
Waktu aku masih bersekolah menengah dulu, aku suka baca novel karya2 sasterawan negara yang banyak terletak di rak2 buku library tapi tak ada sapa yg nak sentuh pun.Antaranya termasuklah A Samad Said,Abdullah Husin dan Keris Mas. Paling best novel Salina, dikarang oleh Pak Samad yg terkenal dengan janggut putih panjang tu. Cerita tentang hidup manusia2 marhaen yang beraneka ragam di Kampung Kambing. Walaupun aku minat karya2 sastera termasuklah cerpen, aku kurang sikit bila bab2 sajak ni.Tapi aku pernah terbaca satu sajak yang pada aku cukup menyentuh hati. Sekali baca memang terus tangkap punyala. Mungkin disebabkan pemilihan perkataan yang halus dan maksudnya yang mendalam tapi boleh difahami oleh semua orang, terutamanya yang pernah bercinta(hehehe).Sajak ni bertajuk 'kekasih' yang pengarangnya juga seorang sasterawan negara, Usman Awang. Di sini aku salin sekali sajak tu untuk bacaan kita generasi muda ni yang mungkin kurang mengenali beliau.
KEKASIH
Akan kupintal buih-buih
menjadi tali
mengikatmu
Akan kuanyam gelombang-gelombang
menjadi hamparan
ranjang tidurmu
akan kutenun awan-gemawan
menjadi selendang
menudungi rambutmu
akan kujahit bayu gunung
menjadi baju
pakaian malammu
akan kupetik bintang timur
menjadi kerongsang
menyinari dadamu
akan kujolok bulan gerhana
menjadi lampu
menyuluhi rindu
akan kurebahkan matahari
menjadi laut malammu
menghirup sakar madumu
kekasih,hitunglah mimpi
yang membunuh realiti
dengan syurga ilusi
Usman Awang
Macam mana, tangkap tak?
Subscribe to:
Posts (Atom)