Alkisah maka tersebutlah,pada 28.09.1987 lahirlah salah seorang umat Nabi Muhammad,diberi nama Mohd Rafiuddin Bin Ismail akan dia.Ibu bapanya Jawa dari Johor,Siti Zaliha dan Ismail.Ialah dia anak kedua daripada tiga beradik. Dijaga bagai menatang minyak yang penuh oleh ibu bapanya ,tetapi apakan daya,ketika berusia 4 tahun berlaku kemalangan,jatuh longkang tangan patah,kesan cacatnya dapat dilihat sampai sekarang.Tinggal menetap dan bersekolah rendah di Dengkil (E- taling bukan E-pepet)...
Selepas UPSR dengan keputusan cemerlang ala-ala kadar,berpindah pula bersekolah menengah di Bukit Changgang.Adapun pelajar di bukit itu melayu semuanya,dengan kebanyakannya jawa dan sedikit orang asli.Di sekolah inilah dia mula belajar tentang erti kehidupan,dan berkenalan dengan bermacam-macam jenis kawan.Ada yang bijak dan pintar(maklumlah anak cikgu),ada yang nakal dan gatal,ada yang kecoh dan gempar,ada juga yang senyap dan diam.Kawan karibnya pula seorang remaja yang rajin merayap bermotosikal di waktu2 malam (yang akhirnya dilantik menjadi ketua pelajar bkt changgang).Dia senantiasa kekal duduk di kelas teratas dari tingktn 1-3,kerna slalu dpt markah tinggi dalam kertas aliran sastera,tapi agak bengap dalam matematik.Akhirnya akibat tersalah langkah memilih kelas sains (atas dasar ikut2 kawan),dapatlah dia keputusan SPM yang stakat lulus tapi tak layak ditempatkan ke Matriks mahupun Diploma..Alhamdulillah diberi juga peluang kedua,melanjutkan pelajaran ke tingkatan 6,di SMK Sg Manggis..Agknya bljar di Sungai itu lebih mudah drpd di bukit(tak perlu mendaki hanya perlu berenang ikut arus) dptlah dia keputusan yg cemerlang dlm STPM sterusnya melayakkan diri melanjutkan pengajian sarjana muda pendidikan dengan kepujian di UKM...
Hobinya ialah membaca,terutama karya2 sastera dalam bentuk novel mahupun cerpen,dan apa saja teks yang membincangkan tentang sejarah..Masih single sampai sekarang,akibat slalu direjek oleh para awek..dahulu cita-citanya nak jadi profesor,tapi setelah difikirkan dalam2 akan kemampuan diri,cukuplah skadar jadi cikgu sampai pencen..sampai di sini sajalah hikayat kali ini,kalau nak knal lebih dalam lagi ,rjin2lah beri komen di blog ini...Wassalam
April 12, 2008 Permalink
April 12, 2008 Permalink